Kemeriahan Aidiladha pada 14 September 2016 bertempat di Dewan Serbaguna Kg Darul Islam Belimbing. Turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut ialah Yang Amat Berbahagia Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Binti Haji Anu, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Bin Haji Taha dan Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Agar Aidiladha pada tahun ini memberi impak yang positif dan sekaligus mengeratkan lagi perpaduan dan menjadi kenangan. Kami petugas Pusat Internet 1Malaysia Kg Darul Islam Belimbing mengucapkan terima kasih kepada seluruh komuniti Kg Darul Islam Belimbing yang telah memeriahkan sambutan AidilAdha pada tahun ini tidak kira secara langsung atau tidak langsung untuk memastikan program berjalan dengan lancar.

 

post webbanner-01

 

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam. Untuk maklumat lanjut boleh klik disini

Sambutan Ambang Kemerdekaan anjuran Pusat Internet 1Malaysia Kg Darul Islam Belimbing dengan kerjasama JKKK Kg Darul Islam Belimbing dan Jabatan Penerangan bahagian kuching & samarahan pada malam 31 Ogos 2016. Objektif program ini adalah memberi galakkan kepada golongan muda dalam menerapkan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda terhadap hari kemerdekaan sekaligus dapat membuktikan bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara. Antara aktiviti yang diadakan pada malam tersebut ialah : 

 

v   Ceramah yang bertajuk "Hayatilah Kemerdekaan" Disampaikan oleh Pegawai Penerangan bahagian kuching dan samarahan En. Abdul Aziz Bin Abdul Rahman.

v   Bacaan Ikrar

v  Persembahan Koir Daripada Pelajar Sekolah Rendah

v  Penyampaian Hadiah Untuk Mini Program Kemerdekaan

v  Pertandingan Motosikal Berhias

v  Konvoi Merdeka

 

 

 

 

Kerjasama JKKK Kampung Darul Islam Belimbing. Bertempat di Dewan Serbaguna Kg Darul Islam Belimbing. Antara tetamu kehormat ADUN TARAT YB Datuk Roland Sagah Wee Inn Merangkap Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Sarawak pada 17 Julai 2016.