Kampung Darul Islam Belimbing adalah merupakan satu-satunya perkampungan Islam yang didiami oleh penduduk yang majoritinya memeluk agama islam. Di mana islam telah disebarkan oleh Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 1968. Pada tahun 1974 pula, satu rombongan dari Tanah Arab telah datang untuk melihat keadaan sebenar penduduk islam saudara baru di Kampung Belimbing dan pada ketika itu juga, Ali Ovaibi, Menteri Wakaf dari Libya telah memberi peruntukkan sebanyak RM250,000.00 untuk membina rumah kepada penduduk kampung yang memeluk islam sekaligus pada ketika itu juga nama kampung turut ditukar kepada Kampung Darul Islam Belimbing. Pada 10 Mei 1980, pembinaan rumah panjang telah siap dibina dan pada ketika itu juga penduduk Kampung Darul Islam Belimbing berpindah ke penempatan yang baru. Selain itu, Kg Darul Islam Belimbing juga dikelilingi oleh 14 buah perkampung iaitu Kampung Kawa Belimbing, Kampung Asum, Kampung Semaru, Kampung Bukit Nanas, Kampung Tatuk, Kampung Gedong, Kampung Si Dunuk, Kampung Annah Rais, Kampung Rayang, Kampung Begu, Kampung Pesang,Kampung Sira,Kampung Krian, dan Kampung Subang. 

 

Pelan Lokasi Kampung & Pelan Lokaliti Kampung

 

PetaLokasiKampung   

 

Keluasan Kg Darul Islam Belimbing: km persegi

Lokasi dari Kuching: Kira-kira 65 kilometer melalui jalan darat.

 

 

(Sumber : Ketua Kampung)

 

 

(Sumber : Portal Rasmi Parlimen Malaysia, Laman Web DUN, Laman Web Pentadbiran Bahagian Serian (Staff Directory) & Ketua Kampung)