SELAMAT DATANG KE LAMAN PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI KG. MELAKA PINDAH
Pusat Jalur Lebar Komuniti (Community Broadband Centre) Melaka Pindah, Alor Gajah, Melaka mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd (Telekom Malaysia) dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti untuk Fasa Rintis, 73 PJK untuk Fasa 1, 52 PJK untuk Fasa 2 dan 31 PJK untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.  Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PJK Melaka Pindah bagi merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PJK diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.
Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PJK sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :
- e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
- e-Pembelajaran (e-Learning)
- Pengumpulan dan pertukaran maklumat
- Pusat Komunikasi
- Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
- Pusat peperiksaan dan persijilan.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 20 Mac 2013 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Kedudukan Negeri Melaka.
Negeri Melaka terletak di selatan semenanjung Malaysia dan kedudukanya terletak di antara Johor dan Negeri Sembilan.
 Negeri Melaka Melaka terdiri daripada tiga daerah utama iaitu Melaka Tengah, Jasin Dan Alor Gajah. Melaka Pindah terletak di dalam Daerah Alor Gajah. Kampung Melaka Pindah juga terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu Hulu Melaka Pindah, Hilir Melaka Pindah dan Balai. Terdapat sebuah Taman di kampung ini iaitu Taman Melaka Pindah. |
|
Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 05 Mac 2011 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Sejarah Kampung Melaka Pindah Datuk Paduka Seri Maharajalela, Pembesar Kerajaan Melayu Melaka telah berundur ke hulu sungai Melaka dengan pengikut-pengikutnya setelah negeri Melaka di serang dan dikalahkan oleh angkatan tentera Portugis pada bulan Julai 1511 dan Datok Paduka Seri Maharajalela inilah yang telah membuka Kampung Melaka Pindah dan beliau telah meninggal dunia pada bulan Julai 1521. Maka disebabkan perpindahan ini kampung ini telah diberi nama Kampung Melaka Pindah.
Datuk Paduka Seri Maharajalela, Pembesar Kerajaan Melayu Melaka telah berundur ke hulu sungai Melaka dengan pengikut-pengikutnya setelah negeri Melaka di serang dan dikalahkan oleh angkatan tentera Portugis pada bulan Julai 1511 dan Datok Paduka Seri Maharajalela inilah yang telah membuka Kampung Melaka Pindah dan beliau telah meninggal dunia pada bulan Julai 1521. Maka disebabkan perpindahan ini kampung ini telah diberi nama Kampung Melaka Pindah. |
|
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 20 Mac 2013 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
|