Persatuan Belia Felda Lubuk Merbau masih baru ditubuhkan iaitu pada tahun 2008. Namun begitu, persatuan ini juga bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan berbentuk kemasyarakatan dan kesukanan. Mereka akan mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Antaranya ialah bermain futsal bagi belia lelaki dan bermain bola jaring bagi belia wanita.

Organisasi ini dinamakan Persatuan Belia Felda Lubuk Merbau. Persatuan ini telah diketuai oleh Yang Berhormat Dato' Seri Diraja Mahadzir Bin Khalid yang merupakan penaung yang banyak membantu belia Felda Lubuk Merbau. Walaupun beliau bukan anak jati Felda Lubuk Merbau, namun Belia Lubuk Merbau telah berjaya dalam beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2008 dan tahun ini.  

Bangunan belia ini terletak bersebelahan dengan Pejabat JKKK Lubuk Merbau. Terdapat ahli jawatankuasa dan ahli urusetia serta biro-biro kebajikan yang bersama-sama menjalankan aktiviti yang dirancangkan sehingga berjaya .

  

KETUA-KETUA BIRO BELIA FELDA LUBUK MERBAU

NAMA

KETUA BIRO

NOOR AIZAM BIN OTHMAN 

BIRO SUKAN

MOHD NORAZAMI BIN MD YUSOF 

BIRO LATIHAN DAN KEAHLIAN

BAHARIN BIN CHE HAT

BIRO AGAMA

MOHD YUSUF BIN ROMBLY

BIRO SOSIOEKONOMI

ROSMIZAN BIN HAJI ISA (PEMANGKU)

BIRO PENDIDIKAN DAN ICT

RIDZUAN BIN MOHD RASIB

BIRO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

MOHD SOLLEH BIN ROMLI

BIRO REKREASI

ISMAIL BIN MOHAMAD  

BIRO KEBAJIKAN

MOHD SALLEHUDDIN BIN ISMAIL  

BIRO HUBUNGAN LUAR DAN POLI

 (Sumber : Pejabat belia Felda Lubuk Merbau)