Kemeriahan Aidiladha pada 14 September 2016 bertempat di Dewan Serbaguna Kg Darul Islam Belimbing. Turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut ialah Yang Amat Berbahagia Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Binti Haji Anu, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Bin Haji Taha dan Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Agar Aidiladha pada tahun ini memberi impak yang positif dan sekaligus mengeratkan lagi perpaduan dan menjadi kenangan. Kami petugas PEDi Kg Darul Islam Belimbing mengucapkan terima kasih kepada seluruh komuniti Kg Darul Islam Belimbing yang telah memeriahkan sambutan AidilAdha pada tahun ini tidak kira secara langsung atau tidak langsung untuk memastikan program berjalan dengan lancar.